Wednesday, August 3, 2011

Pertandingan Pidato Antara Sekolah-Sekolah Menengah Kelompok Barat 2 2011

Pada bulan April yang lalu pelajar-pelajar Sekolah Menengah Dunearn telah menyertai Pertandingan Pidato anjuran Sekolah-Sekolah kelompok Barat 2. Muhammad Nor Amirul Mukmin berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai Pertandingan Pidato Antara Sekolah-Sekolah Anjuran Kelompok Barat 2 bagi kategori Menengah Atas. Tahun depan pasukan Dunearn akan tampil sekali lagi dengan pasukan pemidato pelapis yang lebih hebat. Syabas Amirul.

Tuesday, May 10, 2011

Bahas Piala Berita Harian 2011

Pada bulan April yang lalu pasukan bahas Sekolah Menengah Dunearn buat kali kedua belas berturut-turut menyertai Bahas Piala Berita Harian 2011. kali ini Sekolah kami menampilkan barisan pembahas hebat yang terdiri dari Muhammad Nor Amirul Mukmin, Nurdinie, Khairulhisham Jasni, Nur Izzati dan Muhd Farid Mokhtar. Walaupun kecundang di tangan Sekolah Perempuan Raffles pasukan Dunearn berjaya memberikan saingan hebat.Walaupun tewas pembahas terakhir Dunearn Muhammad Nor Amirul Mukmin berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai Pertandingan Pidato Antara Sekolah-Sekolah Anjuran Kelompok Barat 2 bagi kategori Menengah Atas. Tahun depan pasukan Dunearn akan tampil sekali lagi untuk kali ke 13 dengan pasukan pelapis yang lebih hebat dan tangkas. Dirgahayu Dunearn.

Tuesday, August 17, 2010

Pembahas Cemerlang Dunearn 2010

Syabas kepada para pembahas Dunearn yang baru menerima keputusan GCE 'O' dalam bahasa Melayu.3 pembahas Dunearn berjaya meraih gred A1 dalam bahasa Melayu peringkat 'O'.Syabas kepada Nursyafiqah Shafii, Muhammad Irfan Iman Abu Bakar dan Muhammad Raihimi Shahar.

Bahas Piala Berita Haraian 2010

Pada bulan Julai yang lalu pasukan bahas Sekolah Menengah Dunearn buat kali kesebelas belas berturut-turut menyertai Bahas Piala Berita Harian 2010. kali ini Sekolah kami menampilkan barisan pembahas yang terdiri dari Syafiqah Shafii, Muhammad Rahimi Shahar, Muhammad Irfan Iman Abu Bakar,Stephanie Halim dan Muhammad Rizam.Kami berjaya memasuki peringkat suku akhir dengan mengalahkan 6 buah sekolah termasuk Sekolah Menengah Evergreen, Sekolah Menengah Temasek, Sekolah Menengah Victoria, dan dua buah madrasah setempat. Walaupun tewas di tangan Sekolah Menengah Bedok Green Sekolah Menengah Dunearn berjaya membolot gelaran pemidato terbaik melalui Nursyafiqah Shafii dari kelas 4 Opal.Tahniah kepada Syafiqah yang telah mengharumkan nama sekolah.Tahun depan pasukan Dunearn akan tampil sekali lagi untuk kali ke 11 dengan pasukan pelapis yang lebih hebat dan berwibawa.

Thursday, December 31, 2009

Tempat 5 Keseluruhan Dalam Pertandingan Esei EDN 2009

Syabas kepada Ira Syafinaz yang berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-5 dalam Pertandingan Menulis Esei Peringkat Nasional dengan cerpen Diari Cinta Fatin Diyanah anjuran EDN MEDIA.Dirgahayu Dunearn.Dunearn juga meraih 12 Emas dan 25 perak sekaligus.tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

Pembahas Dunearn Cemerlang Dalam GCE O 2009

Syabas kepada Zaki, Ghazi dan Ira Syafinaz yang berjaya memperolehi Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tahun 2010.Selamat maju jaya dalam pelajaran.

Wednesday, December 10, 2008

Bahas Piala Berita Harian 2009

April 2009 tanggal keramat

Masjid Sultan tempat berkampung

Bahas Piala Berita Harian berlangsung hebat

Jaguh Dunearn sedia bertarung

Muhammad Ghazi teraju pasukan

Petah berbahasa tiada tandingan

Muhammad Zaki penyambung perjuangan

Bijak menangkis segala serangan

Nur Syafiqah srikandi harapan

Sentiasa ceria mengukir senyuman

Michael Wilson pendebat tampan

Sekali pandang hati tertawan

Ira Syafinaz pendebat simpanan


Mekar sekuntum penyeri taman

Pusingan awal bermula sudah

Di medan Sultan bertikam minda

Dunearn perkasa akhirnya alah

Dek tangkas bicara lidah pendeta

Berlangsung gemilang debat kemuncak

Tersergam Masjid Sultan menjadi saksi

RGS SJI bersaing di puncak

Merebut takhta gelaran jauhari

Piala impian disambar helang

Terus menghilang di balik gunung

Usah dikesal Dunearn kecundang

Kalah menang adat pertandingan