Tuesday, August 17, 2010
Pembahas Cemerlang Dunearn 2010
Syabas kepada para pembahas Dunearn yang baru menerima keputusan GCE 'O' dalam bahasa Melayu.3 pembahas Dunearn berjaya meraih gred A1 dalam bahasa Melayu peringkat 'O'.Syabas kepada Nursyafiqah Shafii, Muhammad Irfan Iman Abu Bakar dan Muhammad Raihimi Shahar.
Bahas Piala Berita Haraian 2010
Pada bulan Julai yang lalu pasukan bahas Sekolah Menengah Dunearn buat kali kesebelas belas berturut-turut menyertai Bahas Piala Berita Harian 2010. kali ini Sekolah kami menampilkan barisan pembahas yang terdiri dari Syafiqah Shafii, Muhammad Rahimi Shahar, Muhammad Irfan Iman Abu Bakar,Stephanie Halim dan Muhammad Rizam.Kami berjaya memasuki peringkat suku akhir dengan mengalahkan 6 buah sekolah termasuk Sekolah Menengah Evergreen, Sekolah Menengah Temasek, Sekolah Menengah Victoria, dan dua buah madrasah setempat. Walaupun tewas di tangan Sekolah Menengah Bedok Green Sekolah Menengah Dunearn berjaya membolot gelaran pemidato terbaik melalui Nursyafiqah Shafii dari kelas 4 Opal.Tahniah kepada Syafiqah yang telah mengharumkan nama sekolah.Tahun depan pasukan Dunearn akan tampil sekali lagi untuk kali ke 11 dengan pasukan pelapis yang lebih hebat dan berwibawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)